ADUN Semenyih nafi sertai ritual agama semasa lawatan ke kuil

Penjelasan itu dibuat selepas beberapa gambar lawatannya ke kuil terbabit tular di laman sosial, mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen berhubung batasan seorang Muslim dalam menghadiri acara budaya bukan Islam.

POLITIK

Marina Ahmad

4/8/20251 min read

SELANGOR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Nushi Mahfodz, tampil memberikan penjelasan berhubung kehadirannya di sebuah kuil Hindu baru-baru ini yang menjadi tular di media sosial.

Menurut beliau, kunjungan ke Kuil Arulmigu Dewi Sri Karumariamman Alayam di Semenyih adalah semata-mata untuk menyantuni masyarakat setempat yang beragama Hindu, dan bukannya untuk mengambil bahagian dalam sebarang upacara keagamaan.

“Saya hanya hadir sebagai tetamu dan menghormati budaya mereka. Tiada sebarang penyertaan dalam ritual agama dilakukan seperti yang didakwa. Kehadiran saya bertujuan memperkukuh hubungan antara kaum di kawasan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pemakaian ponnadai (selendang kuning) dan kalungan bunga adalah sebahagian daripada adat sambutan masyarakat India kepada tetamu, dan beliau tidak melakukan sebarang tindakan menyembah, meminum susu dari periuk, atau menerima tanda di dahi seperti dalam ritual keagamaan.

Penjelasan itu dibuat selepas beberapa gambar lawatannya ke kuil terbabit tular di laman sosial, mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen berhubung batasan seorang Muslim dalam menghadiri acara budaya bukan Islam.

Berkaitan...

Kongsikan: