Gempa Bumi Myanmar: Jumlah Kematian Meningkat Hampir 700
Thailand berusah keras melaksanakan usaha menyelamat selepas sebuah bangunan di Bangkok runtuh, sehari selepas gempa berukuran 7.7 magnitud itu melanda negara jiran.
LUAR NEGARA


Jumlah kematian akibat gempa bumi yang melanda Myanmar meningkat dengan mendadak, hampir mencecah 700 orang, manakala Thailand usaha keras melaksanakan kerja-kerja menyelamat selepas sebuah bangunan di Bangkok runtuh, sehari selepas gempa berukuran 7.7 magnitud itu melanda negara jiran.
Pasukan penyelamat menggunakan ekskavator untuk membersihkan runtuhan bangunan 30 tingkat yang sedang dalam pembinaan, yang terletak berdekatan dengan Pasar Chatuchak, salah satu destinasi pelancongan terkenal di ibu kota Thailand. Menurut video yang dirakam oleh Reuters pada Sabtu, kren juga digunakan untuk mengalihkan serpihan besar dalam usaha mencari mangsa yang terselamat.


Setakat ini, sembilan orang disahkan terkorban, sementara sekitar 100 orang lagi dilaporkan hilang, kebanyakannya adalah pekerja binaan yang terperangkap di bawah runtuhan. Pekerja-pekerja penyelamat yang dilengkapi peralatan keselamatan kelihatan kecil berbanding timbunan dinding dan tiang yang menjulang tinggi di sekitar mereka.
Bangunan yang runtuh itu sepatutnya menjadi pejabat baru bagi Pejabat Audit Negara Thailand, menurut Institut Kebangsaan Perubatan Kecemasan Thailand. Usaha menyelamat masih giat dijalankan dengan harapan dapat menemukan lebih banyak mangsa yang masih hidup di bawah timbunan runtuhan.