Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari esok

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 31 Mac 2025,"

NEGARA

Nurazlin Azman

3/30/20251 min read

SHAH ALAM - Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin, 31 Mac 2025. Pengumuman ini dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada Ahad.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 31 Mac 2025," katanya.

Pengumuman itu dibuat selepas aktiviti melihat anak bulan yang dijalankan pada malam Ahad selepas waktu Maghrib. Proses cerapan anak bulan tersebut adalah salah satu amalan untuk menentukan permulaan bulan Syawal dalam kalendar Islam.

Sebanyak 29 lokasi di seluruh negara telah dipilih untuk menjalankan proses cerapan anak bulan. Lokasi-lokasi ini dipilih bagi memastikan ketepatan pengumuman tarikh Hari Raya berdasarkan penentuan anak bulan.

Berkaitan...