Setiausaha Politik Menteri WP Bertemu Firdaus Wong, Perjelas Isu Kuil

Perbincangan ini diadakan susulan reaksi pelbagai pihak berhubung kedudukan kuil tersebut serta penyelesaiannya yang telah diputuskan melalui perbincangan bersama. Pihak kementerian sebelum ini menegaskan bahawa langkah penyelesaian diambil secara harmoni dengan mempertimbangkan semua aspek, termasuk sensitiviti masyarakat setempat.

Nurazlin Azman

3/29/20251 min read

Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Nurin Aina, telah mengadakan pertemuan dengan pendakwah Firdaus Wong di One World Hotel bagi membincangkan isu kuil di Masjid India. Pertemuan yang berlangsung selama hampir dua jam itu turut dihadiri Pegawai Perhubungan Pejabat Menteri WP, Nora, dan digambarkan sebagai sesi perbincangan terbuka serta pertukaran pandangan.

Perbincangan ini diadakan susulan reaksi pelbagai pihak berhubung kedudukan kuil tersebut serta penyelesaiannya yang telah diputuskan melalui perbincangan bersama. Pihak kementerian sebelum ini menegaskan bahawa langkah penyelesaian diambil secara harmoni dengan mempertimbangkan semua aspek, termasuk sensitiviti masyarakat setempat.

Dalam perkembangan berkaitan, dakwaan yang tular sebelum ini mengenai kononnya Menteri Wilayah Persekutuan menghalang tindakan mahkamah terhadap kuil berkenaan turut menarik perhatian ramai. Bagaimanapun, perkara itu telah dinafikan oleh pihak kementerian yang menegaskan bahawa penyelesaian dibuat mengikut prosedur yang sah.

Pertemuan antara Nurin Aina dan Firdaus Wong ini dilihat sebagai satu langkah ke arah memberikan penjelasan yang lebih tepat kepada pihak-pihak yang terlibat. Namun, butiran lanjut mengenai hasil perbincangan tidak didedahkan.

Berkaitan...