Tarif Trump Uji Ketahanan Ekonomi Malaysia

Malaysia antara negara yang dikenakan kadar tarif baharu setinggi 24%, berbanding 14% sebelumnya. Dalam kenyataan medianya hari ini, Mujahid menjelaskan bahawa meskipun langkah itu dijangka memberi impak terhadap hubungan perdagangan Malaysia-AS yang bernilai lebih USD80 bilion setahun, pendekatan diplomasi perdagangan Malaysia memberi harapan untuk penyelesaian yang lebih seimbang melalui rundingan antarabangsa seperti TIFA dan FTA.

EKONOMI

Marina Ahmad

4/6/20251 min read

Timbalan Presiden AMANAH, YB Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenakan tarif balas ke atas 158 negara termasuk Malaysia sebagai ujian besar kepada kekuatan dan ketahanan ekonomi negara. Namun beliau yakin struktur Ekonomi MADANI yang dibina Kerajaan Perpaduan akan mampu mendepani cabaran ini dengan tenang dan strategik.

Malaysia antara negara yang dikenakan kadar tarif baharu setinggi 24%, berbanding 14% sebelumnya. Dalam kenyataan medianya hari ini, Mujahid menjelaskan bahawa meskipun langkah itu dijangka memberi impak terhadap hubungan perdagangan Malaysia-AS yang bernilai lebih USD80 bilion setahun, pendekatan diplomasi perdagangan Malaysia memberi harapan untuk penyelesaian yang lebih seimbang melalui rundingan antarabangsa seperti TIFA dan FTA.

Menurut beliau, kekuatan Malaysia terletak pada asas ekonomi yang kukuh, termasuk kestabilan fiskal melalui Akta Kewangan Awam serta daya tahan sektor industri hasil inisiatif seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR). Kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan rakan strategik dalam blok BRICS juga dilihat sebagai kelebihan untuk mempelbagaikan pasaran perdagangan luar.

Mujahid turut menekankan keperluan konsensus nasional merentas parti dalam menghadapi cabaran ekonomi global, dan memberi amaran bahawa mempolitikkan isu ekonomi demi keuntungan politik adalah bentuk pengkhianatan terhadap maruah negara.

“Ekonomi MADANI telah membuktikan keberkesanannya dengan pertumbuhan 5.1% pada 2024 dan pelaburan langsung asing berjumlah RM378.5 bilion. Kini, semua pihak perlu berganding bahu untuk mempertahankan kedaulatan ekonomi negara dan membuka peluang baru pasca tarif balas ini,” tegasnya.

Berkaitan...