Tuan Ibrahim dakwa pemaju langgar keputusan mahkamah di Kg Sungai Baru

“Saya dan Ahli Parlimen Perikatan Nasional hadir untuk mendengar sendiri keluhan penduduk Kg Sg Baru, Kuala Lumpur berkaitan isu Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang melibatkan rumah flat dan teres. Tindakan meneruskan tindakan bagi merobohkan kediaman penduduk jelas menunjukkan bahawa pemaju melanggar keputusan mahkamah dan ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

NEGARAPOLITIK

Marina Ahmad

4/10/20251 min read

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa tindakan meneruskan perobohan rumah penduduk di Kampung Sungai Baru jelas menunjukkan pemaju telah melanggar keputusan mahkamah.

Beliau berkata demikian selepas hadir bersama Ahli Parlimen Perikatan Nasional bagi mendengar sendiri keluhan penduduk yang terkesan dengan projek pembangunan semula kawasan tersebut yang melibatkan rumah flat dan teres.

“Saya dan Ahli Parlimen Perikatan Nasional hadir untuk mendengar sendiri keluhan penduduk Kg Sg Baru, Kuala Lumpur berkaitan isu Projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang melibatkan rumah flat dan teres. Tindakan meneruskan tindakan bagi merobohkan kediaman penduduk jelas menunjukkan bahawa pemaju melanggar keputusan mahkamah dan ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Tuan Ibrahim turut mendesak agar kerajaan dan pihak pemaju berusaha mengekalkan pemilikan hak Melayu di kawasan terbabit, selaras dengan kedudukan tanah dari sudut perundangan.

“Apapun projek pembangunan yang akan dilaksanakan, kerajaan mesti mengekalkan pemilikan orang Melayu Islam yang merupakan pemilik asal di kawasan Kg Sg Baru ini,” ujarnya.

Beliau menegaskan komitmennya untuk terus bersama penduduk dalam menuntut hak mereka mengikut asas undang-undang dan Perlembagaan.

Berkaitan...